Monday, March 7, 2011

Tong kosong nyaring bunyinya (a)

Dalam kelas kami, pelajar yang paling kuat bercakap ialah Farhan. Semasa guru sedang mengajar, dia akan bercakap kepada pelajar-pelajar yang lain, tanya guru soalan-soalan yang tidak berfaedah dan selalu mengacau guru dengan mengatakan
komen yang tidak berfaedah atau bertanya soalan-soalan yang tidak kene-mengena dengan topik pelajaran. Itulah sebabnya Farhan tidak lulus peperiksaannya.






Kalau tidak ada helang, belalang menjadi helang

Semasa kem ASPIRE, pelajar menengah tiga yang harus mengetuai kelas Farihin tidak hadir kerana sakit. Tambahan pula, tidak ada pelajar menengah tiga untuk mengambil alih. Sebaliknya, Farihin menawarkan diri untuk mengambil alih sebagai pengetua kelasnya, 1F1, kerana mendapati tidak ada teman sekelas dengannya yang lebih baik dalam mengetuai. Begitulah Farihin mendapat "Best Camper Award".

Tuesday, March 1, 2011

Aspirasi saya...

Aspirasi saya untuk tahun ini adalah:

1) berusaha menyelesaikan semua kerja rumah saya kerana tahun yang lepas, saya sering mengahantarkan kerja rumah saya lambat.
2) menetapkan masa saya! - belajar dahulu, main kemudian :'o
3) mendapatkan sekurang-kurangnya B3 untuk semua mata pelajaran saya
4) cuba untuk tidak tidur dalam kelas dan mendengar guru ketika mengajar
5) mencapai emas untuk SYF.

itulah sahaja. mungkin ada "Aspirasi saya...part 2", tidak dikonfirmasi kerana sudah 12.10am dan saya mahu tidur. oh, lagi satu aspirasi, mendapat sekurang-kurangnya lapan jam tidur~
zzz

Wednesday, February 23, 2011

Saya suka...

1) lobak merah
2) kek cawan? - cupcakes lol!
3) semangka - watermelons!
4) Kita Gila Crew dan Cikgu Zainab
5) "saya tiada komen"